MATAHARI
- Matahari merupakan pusat Sistem Suria
- Matahari juga merupakan objek terbesar dalam Sistem Suria
- Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling hampir dengan Bumi.
- Matahari mengeluarkan haba, cahaya dan tenaga.
- Jika tiada Matahari, hidupan di Bumi tidak akan wujud.
- Tanpa cahaya Matahari, tiada hidupan yang boleh hidup kerana suhu terlalu sejuk dan Bumi akan beku.
- Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan Bumi, tujuh planet yang lain, komet dan asteroid dalam orbit masing-masing.
- Semua ahli Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama namun pada kelajuan yang berbeza.
PLANET
- Ada 8 buah planet dalam Sistem Suria.
- Susunan planet-planet mengikut jarak paling dekat hingga paling jauh dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
- Kesemua 8 planet itu bergerak mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar yang dipanggil orbitdan bergerak dalam arah lawan jam (barat ke timur).
- Semakin jauh planet tersebut dari Matahari, semakin besar orbit planet itu.
- Semasa planet-planet beredar mengelilingi Matahari, planet-planet juga berputar pada paksinya sendiri mengikut arah lawan jam kecuali planet Zuhrah (mengikut arah jam) manakala Uranus berputar pada sisinya (dari atas ke bawah).
- Setiap planet mempunyai masa yang berlainan untuk melengkapkan satu edaran lengkap mengelilingi Matahari.
SATELIT SEMULA JADI / BULAN
- Satelit Semula Jadi atau dipanggil Bulan merupakan objek kecil yang beredar mengelilingi kebanyakan planet.
- Bulan adalah satelit semula jadi bagi Bumi.
- Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam.
- Bulan mengambil masa selama 27.3 hari untuk beredar mengelilingi Bumi.
ASTEROID
- Asteroid merupakan objek batuan dan logam yang beredar mengelilingi Matahari.
- Saiz asteroid adalah lebih kecil daripada planet tetapi lebih besar daripada meteoroid. Saiz asteroid adalah sekecil partikel debu hingga ke beberapa ratus kilometer.
- Kebanyakan asteroid yang dikenali berada dalam Jalur Asteroid yang terletak di antara planet Marikh dan Musytari.
METEOROID
- Meteoroid merupakan batuan kecil atau logam yang terapung-apung di angkasa lepas.
- Terdapat berjuta-juta meteoroid di angkasa dan kebanyakannya bersaiz kecil.
- Jika meteoroid jatuh ke dalam atmosfera bumi ia akan terbakar lalu menghasilkan satu coret cahaya yang dipanggil meteor. Meteor juga digelar tahi bintang.
- Meteor yang tidak habis terbakar dan jatuh ke permukaan Bumi dipanggil meteorit.
- Apabila meteor yang besar jatuh menghempas ke Bumi, satu kawah besar akan terbentuk.
KOMET
- Komet merupakan ketulan ais yang terbentuk daripada gas dan debu yang beku.
- Komet mempunyai ekor bernyala yang panjang dan beredar mengelilingi Matahari.
- Komet Helley merupakan komet yang paling popular di kalangan ahli astrologi. Komet Helly muncul setiap 76 tahun. Kali terakhir Komet Halley muncul adalah pada tahun 1986.
Maklumat yang menarik untuk semua peringkat usia dalam pembelajaran.
BalasPadamHarap anak akak pun leh guna utk pembelajaran tahun depan. Semoga dia dapat A Sains. Amin......
Padamwow cntiknya ciptaan allah alhamdullilah
Padamalhamdulillah, berguna untuk anak saya.
PadamSangat berguna
Padamterima kasih
BalasPadamTq
BalasPadamwow cntiknya ciptaan allah alhamdullilah
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamWOW SO GRED LA
BalasPadamWow so amazing to everyone.
BalasPadamTq atas maklumat ini
BalasPadamOooo begitu
BalasPadamroblox more better game than learning
BalasPadamtedalah kau tipu
Padamwow
BalasPadamBagus..semua maklumat jelas dan senang untuk difahami👍😆
BalasPadambagus dapat bljr sains lagi bagus dari tempat ni
BalasPadamSenang difahami dan mudah mengingatnya 👍👍👍
BalasPadambagus keep it up
BalasPadam