Sains tanpa agama adalah kesesatan. Agama tanpa sains adalah kebutaan. - Suariani Edris -

PnP


Sesi Micro Teaching Sains Tahun 4
Tajuk: Sistem Suria.




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran                      : Sains
Kelas                                      : Tahun 4 Pintar
Tarikh / Hari                           : 06 November 2012 / Selasa          
Masa                                       : 9.00pg – 9.40pg
Bil Murid                                : 12 orang      
Tema                                       : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Bidang Pembelajaran           : Sistem Suria
Objektif Pembelajaran            : Memahami Sistem Suria
Hasil Pembelajaran                : Di akhir sessi pembelajaran ini, murid dapat:
                                    A   Menguasai isi kandungan
a)     Menyatakan nama-nama planet dalam Sistem Suria mengikut turutan.
b)     Menyatakan keistimewaan bagi setiap planet dalam Sistem Suria.
                                    B  Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi
                                        berfikir
a)   Memerhati
b)   Menggunakan perhubungan ruang dan masa
c)   Membanding dan membezakan
d)   Mencirikan
e)   Membuat urutan                                            

                                    C  Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a)    Menyedari bahawa Sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.
b)    Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
 Konsep/prinsip/hukum/teori:
                                                a)  Sistem Suria 
                                                b)  Planet-planet beredar mengelilingi matahari
                                                     mengikut orbitmya
                                                c)  Ada 8 planet dalam Sistem Suria
 Bahan:                                   
                                                LCD
                                                Notebook
                                                Kad nama planet
                                                Kad keistimewaan planet
             
Pengetahuan sedia ada:
                                                Murid pernah melihat gambar planet-planet melalui
                                                pembacaan atau di kaca televisyen

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS 4 PINTAR
Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi   
(5 minit)


Ahli-Ahli Sistem Suria

1.Matahari
2.Bulan / satelit semulajadi
3.Planet
4.Asteroid
5.Meteor
6.Komet










1.    Guru menayangkan gambar Sistem Suria melalui powerpoint.

2.    Guru bertanya kepada murid apakah ahli-ahli Sistem Suria.

3.    Guru menunjukkan gambar ahli-ahli Sistem Suria melalui powerpoint

dan memberi penerangan mengenainya.

1.    Murid memerhati gambar Sistem Suria yang ditayangkan.

2.    Murid menyatakan ahli-ahli Sistem Suria.

3.    Murid memerhati gambar-gambar ahli Sistem Suria yang ditayangkan dan mendengar penerangan guru.

Strategi / Teknik
1.    Tayangan powerpoint

2.    Penerangan

KBKK
1.    Memerhati

Perkem-bangan
Langkah 1
(6 minit)

Kenal pasti planet-planet dalam Sistem Suria mengikut turutan

1.Utarid
2.Zuhrah
3.Bumi
4.Marikh
5.Musytari
6.Zuhal
7.Uranus
8.Neptun













1.    Guru memberi setiap kumpulan dengan 2 keping kad nama-nama planet .

2.    Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk menampalkan nama-nama planet di papan putih berdasarkan kad yang diterima
mengikut urutan apabila dipanggil.

3.  Guru meminta murid menyatakan nama-nama planet mengikut turutan yang betul.

4.    Guru menayangkan gambar planet-planet dalam Sistem Suria melalui powerpoint dan memberi penerangan.


1.    Ahli setiap kumpulan berbincang dan menilai nama-nama planet yang diberi.

2.     Ahli kumpulan ke papan putih untuk menampalkan nama-nama planet apabila dipanggil oleh guru berdasarkan kad yang mereka terima.

3.    Murid menyatakan nama-nama planet mengikut turutan yang betul.

4.    Murid memerhati gambar planet-planet yang ditayangkan dan mendengar penerangan guru.

Strategi / Teknik
1.    Perbincangan kumpulan

2.    Penerangan

3.    Tayangan powerpoint

KBKK
1.    Membuat turutan

2.    Memerhati
Langkah 2
(15 minit)




Kenal pasti keistimewaan 8 planet dalam Sistem Suria











  Utarid
Zuhrah
   Bumi
  Marikh
Musytari
   Zuhal
   Uranus
  Neptun

1.    Guru memberikan setiap kumpulan dua kad yang mengandungi keistimewaan mana-mana planet.

2.    Guru meminta setiap kumpulan menampalkan keistimewaan planet-planet di papan putih berdasarkan kad yang mereka terima mengikut turutan planetyang pertama hingga kelapan apabila dipanggil oleh guru.

3.    Guru menerangkan keistimewaan setiap planet berdasarkan gambar di powerpoint dan membandingkan dengan jawapan murid melalui kad keistimewaan yang ditampal oleh setiap kumpulan.


1.    Murid berbincang dalam kumpulan mengenai kad yang diterima berkaitan dengan planet yang mana.

2.    Wakil setiap kumpulan menampalkan keistimewaan planet yang berkaitan dengan kad yang diterima di papan putih apabila dipanggil oleh guru.

3.    Murid mendengar penerangan guru dengan melihat gambar di powerpoint serta membuat perbandingan dengan jawapan yang telah mereka tampalkan di papan putih.








Strategi/ Teknik
1.    Perbincangan kumpulan

2.    Penerangan

3.    Tayangan powerpoint









KBKK
1.    Memerhati
2.    Menggunakan perhubungan ruang dan masa
3.    Mencirikan
4.    Membanding dan membeza



Langkah 3
(5 minit)
Kuiz



1.    Guru memberikan soalan. Ahli kumpulan yang mengangkat tangan dahulu boleh menjawab soalan. Ganjaran bintang diberi kepada kumpulan yang ahlinya dapat menjawab dengan betul.


1.    Ahli kumpulan menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Ganjaran bintang ditampal diruang kumpulan masing-masing
Strategi/ Teknik
Kuiz

Langkah 4
(5 minit)

Penilaian
(Lembaran Kerja)


1.    Guru mengedarkan lembaran kerja berdasarkan hasil pembelajaran

(Rujuk
 Lampiran 1)

1.    Murid menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru.




Strategi/ Teknik
Penilaian
Penutup
(4 minit)

Menyatakan semula planet-planet dalam Sistem Suria dan keistimewaannya.

1.    Guru mengingatkan semula tentang urutan planet-planet dalam Sistem Suria dan keistimewaannya.


1.    Murid menyatakan semula nama-nama planet mengikut turutan dan keistimewaan planet tersebut.


Strategi/ Teknik
Penyoalan

  




3 ulasan:

  1. Maaf bertanya? Dah lama x ngajar sains thp 2 tentang tajuk ni. Bukan ke planet yg kita belajar dulu ada 9.Kenapa penerangan cuma 8 saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pindaan Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Terjemahan Tahun 4 Tentang Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria

      Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui surat ANN, EDU.006002(13) yang bertarikh 15 Ogos 2011 tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria, adalah diputuskan oleh International Astronomical Union (IAU) bahawa ada 3 kategori dalam Sistem Suria iaitu 'Planet', 'Dwarf Planet' & 'Small Solar System Bodies'. Planet Pluto dikategorikan sebagai dwarf planet dan DIGUGURKAN daripada kategori planet. Kini terdapat 8 planet dalam Sistem Suria kita.

      Nanti su tambahkan lagi info kat blog ni kenapa pluto bukan lagi planet dalam Sistem Suria ya kak.....

      Padam
  2. Suka pembelajaran ni, jelas dan senang di fahami.
    Di harap ada lagi utk tahap 5 dan 6 serta tajuk2 lain.

    BalasPadam