Sains tanpa agama adalah kesesatan. Agama tanpa sains adalah kebutaan. - Suariani Edris -

PLANET

UTARID




  • Planet yang paling hampir dengan Matahari.
  • Planet yang paling panas.
  • Mempunyai orbit yang paling kecil
  • Jarak dari matahari : 57.9 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 88 hari
  • Bilangan satelit semulajadi / bulan : 0

ZUHRAH


  • Planet kedua dari Matahari
  • Planet paling hampir dengan Bumi
  • Terdapat satu lapisan tebal karbon dioksida serta asid sulfurik yang membentuk atmosfera.
  • Karbon dioksida menyerap dan memerangkap haba, menghalang haba terlepas keluar. Ini menyebabkan suhu Zuhrah sangat panas.
  • Jarak dari Matahari : 108.2 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 225 hari
  • Bilangan satelit semula jadi / bulan : 0

BUMI

  • Satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.
  • Terdapat udara, air serta atmosfera.
  • Jarak dari Matahari : 149.6 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 365 hari
  • Bilangan satelit semulajadi / bulan : 1 

MARIKH


  • Planet yang dikenali sebagai planet merah kerana permukaannya diliputi dengan debu merah.
  • Sejuk dan tiada hidupan. 
  • Air yang terdapat di planet ini menjadi beku.
  • Jarak dari Matahari : 227.9 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 687 hari
  • Bilangan satelit semulajadi : 2

MUSYTARI

  • Planet paling besar dalam Sistem Suria
  • Hampir keseluruhan planet ini terdiri daripada hidrogen dan helium.
  • Jarak dari Matahari : 778.3 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 11.8 tahun
  • Bilangan satelit semula jadi : 16 

ZUHAL



  • Planet kedua terbesar dalam Sistem Suria
  • Planet yang paling cantik kerana terdapat beribu-ribu gelang berwarna di sekelilingnya.
  • Gelang ini terbentuk daripada jutaan partikel debu dan ais. Gelang-gelang ini bersinar kerana partikel-partikel ais di dalamnya memantulkan cahaya.
  • Planet yang paling banyak satelit semula jadi / bulan.
  • Jarak dari Matahari : 1 427 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 29 tahun
  • Bilangan satelit semula jadi / bulan : 18

URANUS


  • Planet ketiga terbesar dalam Sistem Suria.
  • Kelihatan berwarna biru kehijauan. Terdiri daripada gas hidrogen, helium dan metana (gas metana memberikan Uranus warna biru)
  • Terdapat gelang di sekelilingnya namun tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terlalu nipis dan kabur.
  • Planet yang berputar pada sisinya seperti roda.
  • Jarak dari Matahari : 2 871 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 84 tahun
  • Bilangan satelit semula jadi / bulan : 15

NEPTUN


  • Planet paling jauh dalam Sistem Suria.  
  • Planet yang mempunyai orbit paling besar.
  • Atmosferanya terdiri daripada hidrogen, helium dan metana (gas metana memberikan Neptun warna biru cerah)
  • Terdapat ribut dan angin yang bergerak pada kelajuan lebih daripada 200 kilometer per jam.
  • Jarak dari matahari : 4 497.1 juta km
  • Masa untuk satu peredaran lengkap : 165 tahun
  • Bilangan satelit semula jadi / bulan : 8






Pembudayaan ict from suarianiedris








INFO 1

Pluto Bukan Lagi Planet

Pluto adalah jasad angkasa yang terakhir dari susunan planet dalam Galaksi Bima Sakti. Ia ditemui dalam tahun 1970-an oleh Tombaugh.

Pluto adalah berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan bumi.

Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan (bukannya berbentuk elips seperti kelapan-lapan planet). Jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh menghampiri matahari lebih dekat berbanding dengan planet Neptun.

Planet ini terlalu sejuk. Permukaannya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana.

Pada awal penemuannya, Pluto diterima sebagai salah satu planet yang terletak di dalam Galaksi Bima Sakti. Walau bagaimanapun pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengadakan perhimpunan di Prague dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf planet).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet kepada sebuah planet kerdil.




INFO 2



Pindaan Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Terjemahan Tahun 4 Tentang Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui surat ANN, EDU.006002(13) yang bertarikh 15 Ogos 2011 tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria, adalah diputuskan oleh International Astronomical Union (IAU) bahawa ada 3 kategori dalam Sistem Suria iaitu 'Planet', 'Dwarf Planet' & 'Small Solar System Bodies'. Planet Pluto dikategorikan sebagai dwarf planet dan DIGUGURKAN daripada kategori planet. Kini terdapat 8 planet dalam Sistem Suria kita.

Sehubungan itu, kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memaklumkan maklumat ini kepada guru-guru Sains di sekolah tuan tentang pindaan ini. Ia melibatkan HSP Sains Terjemahan Tahun 4 kerana ia berkait rapat dengan Peperiksaan & Buku Teks.





13 ulasan:

  1. Cantik dan berinformatif. Sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak dan dewasa.

    BalasPadam
  2. Bagus sungguh info ni. Meriah dgn warna yg menarik .Teruskan usaha anda.

    BalasPadam
  3. TERIMA KASIH kerana memberi banyak info tentang sistem suria

    BalasPadam
  4. Ya Allah lat situ da bagitahu yang Pluto bukan planet dalam Sistem Suria

    BalasPadam
  5. Maaf...Jika merujuk Buku Teks Sains Tahun 4 mengatakan ZUHRAH ialah planet paling panas, bukannya UTARID...

    BalasPadam
  6. Apa planet yang berputar pada arah sisinya

    BalasPadam